top of page
SOALAN LAZIM (FAQ)
-
Apa itu Homeopati?Homeopati adalah sistem penyembuhan yang selamat, halus (microdose), dan semula jadi yang berfungsi dengan melegakan gejala, memulihkan diri, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. Ianya sangat selamat digunakan, tidak mempunyai kesan sampingan.
-
Cara mengambil tablet remedi Homeopati?1. Pastikan anda tidak memegang/menyentuh tablet dengan tangan. Ianya untuk memastikan tablet remedi homeopati yang diambil dalam keadaan bersih dan tidak tercemar dengan bahan asing. 2. Masukkan tablet ke dalam penutup botol dan letakkan ia di bawah lidah. Bawah lidah menggandungi saraf halus untuk menyerap remedi homeopati dengan lebih cepat. 3. Biarkan ia larut di bawah lidah. Hanya kemam. Pengambilan tablet ini tidak memerlukan air. 4. Sebelum mengambil remedi Homeopati pastikan mulut anda tidak mempunyai bau/rasa dari makanan/minuman. Jika ada sila bilas mulut dengan air suam kosong hingga hilang bau/rasa. Keadaan mulut yang bersih dari bau dan rasa mempercepatkan lagi penyerapan remedi homeopati. Disebabkan ciri remedi homeopati yang halus (microdose), rasa atau bau yang kuat seperti kopi, budu, belacan, durian, bau rokok, bau bawang boleh menyebabkan remedi homeopati tidak dapat berfungsi dengan baik. 5. Sebaik-baiknya tunggu 5 -15 minit sebelum atau selepas mengambil sebarang produk yang menggandungi kafein atau makannan atau minuman yang berbau kuat. Antara produk yang menggandungi kafein yang tinggi adalah: Kopi (mana-mana produk yang menggandungi kopi). Teh (produk yang menggandungi teh, Black Tea, Green Tea, dan sebagainya). Soda (minuman bergas, Coca-Cola, Pepsi, dan sebagainya). Coklat (Coklat Bar, Cadbury, M&M, Toblerone, Milo, Kek Coklat, dan sebagainya). Minuman tenaga (Red Bull, Livita, Power Root, Gatorade, Orang Kampung Longjack Tongkat Ali Original dan sebagainya). Antara makanan yang menggandungi bau yang kuat adalah: Keju. Kubis. Durian. Brokoli. Kubis bunga. Bawang putih. Bawang merah. Daun bawang (leeks). Makanan yang diperam (Belacan, Budu, Cencaluk) dan sebagainya).
-
Mengapa tablet remedi homeopati manis?Setiap ubat memerlukan media penghantaran yang dinamakan sebagai asas. Asas ubat mestilah sesuatu yang lengai, tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan sehingga dapat mengubah sifat perubatannya, ianya juga tidak boleh menjadi ubat itu sendiri dan yang paling penting mestilah selamat untuk digunakan oleh manusia. Media asas yang digunakan didalam tablet remedi homeopati adalah laktosa (lactose). Laktosa adalah gula yang terdapat dalam susu. Ia lengai, tidak bertindak balas dengan mana-mana ubat, ia juga tidak mempunyai nilai perubatanya sendiri dan sangat selamat untuk manusia. Laktosa ini biasanya dihasilkan dari susu kambing kerana ianya mempunyai jumlah laktosa yang lebih tinggi. Kandungan gula pada laktosa mempunyai rasa manis yang sedikit. Laktosa inilah yang memberi kemanisan kepada tablet remedi homeopati.
-
Mengapa meletakkan tablet remedi Homeopati di bawah lidah?Kawasan di bawah lidah mempunyai kapilari darah halus. Remedi homeopati yang bersifat halus (microdose) akan diserap dan dilarutkan ke dalam aliran darah melalui membran mukus, secara terus dan sangat cepat ke otak. Otak akan merangsang organ-organ didalam badan untuk bertindak memperbaiki sistem tubuh.
-
Berapa cepat remedi homeopati dijangkakan akan berfungsi?Ini bergantung pada keadaan biologi pengguna dan tahap keparahan penyakit atau gejala. Dengan remedi yang sesuai, pada pengguna serta keadaan emosi dan tahap kesihatan mereka, ianya memerlukan beberapa minit bagi remedi homeopati berfungsi. Bagi penyakit kronik seperti artritis, pengguna mungkin memerlukan dos yang lebih lama atau lebih kerap untuk kembali ke keadaan kesihatan yang diingini. Semasa tempoh tekanan akut, dos yang lebih kerap mungkin diperlukan untuk menyokong dan mengimbangi badan anda pada tahap fizikal dan emosi. Diet, gaya hidup dan sejarah perubatan juga berperanan dalam berapa cepat pesakit akan bertindak balas terhadap remedi homeopati.
-
Bagaimana saya harus menyimpan remedi homeopati saya?Anda hanya perlu meletakkan remedi homeopati didalam bekas yang disediakan, di kawasan yang terbuka, seperti ruang tamu atau bilik yang mempunyai pengaliran udara yang bagus. Suhu ekstrim tidak disarankan untuk remedi homeopati. Tidak disarankan untuk menyimpan remedi homeopati didalam peti sejuk. Tidak disarankan untuk meletakkanya ditempat yang mempunyai kelembapan tinggi seperti di bilik mandi atau "kabinet ubat". Disarankan untuk jauhkan dari cahaya matahari langsung dan cuaca panas yang terik. Disarankan untuk jauhkan remedi homeopati dari apa-apa bau yang boleh mengubah bau remedi tersebut. Contoh bau-bauan adalah : Bedak. Alat solekan. Minyak wangi. Pewangi rumah. Minyak urut (bayi dan dewasa).
-
Bolehkah saya mengambil remedi homeopati bersama dengan ubat preskripsi atau suplemen semula jadi yang lain?Kecuali label produk memberikan arahan sebaliknya, adalah selamat untuk menggunakan remedi homeopati anda semasa mengambil ubat, herba atau suplemen lain, kerana umumnya tidak ada interaksi atau kontraindikasi antara ubat-ubatan yang diketahui. Secara amnya disarankan agar anda tidak mengambil remedi homeopati anda pada masa yang sama dengan ubat-ubatan dan makanan tambahan anda yang lain agar kedua-duanya tidak saling mengganggu. Peraturan yang mudah diikuti adalah dengan hanya menunggu 5 - 15 minit sebelum atau selepas mengambil produk lain.
bottom of page