Sejarah Homeopati
Samuel Hahnemann adalah bapa kepada Homeopati. Dia adalah seorang doktor Jerman yang lahir pada tahun 1755. Pada masa itu doktor-doktor menggunakan rawatan menggeluarkan darah pesakit, amalan ini sangat tidak berkesan yang membuat beliau kecewa dalam tugasnya sebagai doktor. Oleh itu beliau mencari dan mempelajari kaedah lain dan bereksperimen dengan prinsip penyembuhan, yang beliau namakan Homeopati.
Apa itu Homeopati
Homeopati adalah remedi (ubat) yang menguatkan sistem imun badan manusia, ia tidak mempunyai kesan sampingan negatif. Setiap pesakit dirawat secara individu mengikut prinsip likes cures likes.
Remedi homeopati disediakan, mengguna proses pemecahan atom atau potentisation, proses ini juga dikenali sebagai pencairan ultra tinggi. Satu titis Mother Tincture (ekstrak herba, mineral semula jadi atau haiwan), dicairkan dengan 99 titis air atau alkohol dalam botol kaca tertutup. Kemudian ianya digoncang, proses ini diulang dalam botol tertutup lain berulangkali. Proses ini telah dilakukan dan digunakan selama 200 tahun.
Kuantum Fizik, menunjukkan proses potentisation ini menghasilkan gelembung nano. Permukaan gelembung ini mengandungi maklumat ekstrak tersebut. Proses potentisation ini hanya akan berlaku dengan mengikuti proses dan langkah serta pengawalan yang ketat. Jika ia tidak menggunakan langkah ini, ia tidak akan dapat menghasilkan remedi Homeopati serta menyebabkan rawatan tidak akan berkesan.
​
Pada tahun 2009, pemenang Hadiah Nobel perubatan tahun 2008, Luc Fontana menerbitkan sebuah artikel dalam jurnal Interdisciplinary Science di mana beliau menunjukkan keberkesanan pencairan ultra-tinggi. Kajian ini mengumpulkan pengalaman beribu-ribu doktor, doktor haiwan dan ahli farmasi, yang telah menyembuhkan orang, haiwan dan tumbuhan selama 200 tahun.
​
Homeopati digunakan di lebih daripada 80 negara. Lebih daripada 300 juta pesakit dirawat dengan cara ini. Di seluruh Eropah, ia diterima sepenuhnya, di negara-negara seperti Perancis, Jerman, Austria dan Switzerland, ia digabungkan dalam sistem kesihatan awam. Ia dipelajari di puluhan universiti di Eropah dan juga di seluruh dunia. Homeopati adalah ubat yang sangat kompleks, yang terus berkembang maju. Doktor Homeopati dilesenkan dalam bidang perubatan dan sebagai seorang doktor menyokong untuk memberikan rawatan yang paling berkesan kepada pesakit mereka.

klik untuk suara